Saturday 18 June 2011

fashion terkini: perempuan bertudung

Assalamulaikum….

Okay.. kali nier aku nak bercerita sal cara orang islam lening berpakaian.. well, aku malas la nak cerita sal orang bukan islam.. diaorang tuh kalu tak berpakaian pown tak per….. (tapi tu tak bermakna korang tak perlu benci)
Oleh sebab antara lelaki dan perempuan… perempuan yang lebih banyak masalahnya.. so, kali nier aku mulakan dengan perempuan……

Ada pelbagai fesyen yang terkini dan old school… kn? Ader juagk yang ikut 4 musim; panas, sejuk, luruh dan bunga. Padahal kat Malaysia nier tak der pun 4 musim.. yang ader iklim khatulistiwa jew….

Dan aku nak kategorikan cara orang perempuan berpakaian kepada 2 golongan yang besar         Bertudung
 Tidak bertudung



Jom kita tengok yang jenis bertudung nier dulu.. orang kata yang bertutup nier la yang elok..hm.. betui ka???

Seperti biasa, apa yang aku tulis nier berdasarkan aper yang aku lihat sekeliling aku dan aku yakin korang pun Nampak benda yang sama….

Ada yang bertudung tapi tudung pendek….
Maknenyer.. betul dah dia bertudung tapi sekadar bertudung nak tutup rambut… leher dan belahan dada dibiarkan camtu jer…. Ish3.. kesian aku tengok.. tak cukup kain rupenyer…. Eh, bukan2.. tak cukup duit nak beli tudung yang boleh tutup aurat tuh.. tapi.. bukan ker lening ramai yang pakai camtu??? Okay, kalau aku salah, korang perbetulkan.. aku okay jew….
Fesyen…hm.. aku tak tahu la aper nak jadi…. Ader yang bila dipakai memang Nampak lawa dan kemas tapi sayang.. takkan la sebab kecantikan kita nak ketepikan agama.. sedih tau aku tengok… yea, tak dinafikan fesyen terkini memang mudah dipakai.. sauk je..da siap.. tak perlu nak susah2.. tapi ader jugak yang lilit2; shawl. Kain tu dah panjang tapi bila dah dililit2..jadi pendek, tak tutup aurat. Sedangkan kita sume sedia maklum telah termaktub dalam Quran:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah merekamemperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka meperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atauanak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atausaudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atauorang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya"

Yea, ader jew yang jenis labuh tapi malangnya kain tu jenis melekat…. Maka, still tak sempurna… asal kita sumer berpakaian untuk menutup aurat kn? Tapi da jadi lain gara2 nak berfesyen.

Ada jugak yang jenis ada bonggol kat belakang… 
ha, tak kira la tinggi ker tak tinggi, still ader bonggol, kn? Ha.. bukan aper.. bila ader bonggol, memang sah-sah la orang tengok korang nier berambut panjang.. ha, kat situ dah terbongkar la aurat korang…. Orang lelaki lak mula la start imagine rupa korang berambut panjang… ha, kan da jadi masalah……
Ader yang kata, ala.. aku dah tak boleh rendahkan dah… memang takat nier jew.. padahal terang2 stil ader bonggol… korang fikir la balik, nak jaga aurat ataupun nak biar orang tengok?? Ha.. nak senag, potong la rambut bagi pendek.. senang, tak payah nak susah2 pikir…..
Hm……….kalu korang follow dunia hiburan leni, memang rata-rata pakai tudung pendek, kemas, dan berbonggol……. Betul tak??? Hatta, channel Islamic.. sama jer… memang la kemas, cantik tapi tak memenuhi tuntutan kita dalam menutup aurat……

Ada yang berjubah tapi seksi…
Ha, tak payah nak pelik and hairan la… memang nie yang terjadi sekarang.. aku tak tahula korang perasan ke tak….. sekarang nier memang da jadi trend perempuan suker mengenakan jubah… malangnya…. Kebanyakannya tidak sempurna penutupan auratnya… ha, mesti korang pelikkn?? Kan da pakai jubah, mesti la gerenti tutup aurat… ha a.. ye la tu…..
Korang tak perasan ker.. jubah lening bukan cam jubah zaman dulu2… jubah lening dah ada macam2 jenis…. Ader yang ikut body shape… kalu tak ikut pun, da jadi trend girls leni gune pin kecil nak bagi Nampak pinggang… aduhai.. sayangnyer la.. dah betul dah berjubah tapi jadi seksi lak sebab Nampak bentuk pinggang yang ramping… ader jugak jubah jenis kain jarang.. hm.. ader baju lapik tapi kain tu jenisyang melekap kat body… so, overallnyer memang sah2 la Nampak bentuk badan….sayang betul… then, ader jugak yang tak jarang tapi jenis kain tuh memang kain yang melekap kat badan…. Kne tiup angin sikit, abis Nampak bentuk badan… jalan sikit, terserlah la saiz kaki… sayang betul.. asalnya da betul dah nak pakai jubah.. tapi tak sempurna…….. nie yang orang kata jadi fitnah kepada agama islam…. Sayangnya……..

Ader yang berbaju kurung tapi cam half naked..
Sorry la kalu korang terasa tapi nie la kenyataan… tak boleh dinafikan lagi memang leni banyak kain baju kurung yang jarang… betul kn??? Korang tak perlu denied la.. memang nie la kenyataannya….. okay fine… dah tahu kain tu jenis yang jarang, pakai la dua lapis… nie tak.. panas la.. last-last amik mudah pakai baju bertali kecik… lengan tak payah cakap la.. memang straight Nampak bentuk dan warna kulit.. pastu ader plak yang jenis lubang kat tengah.. pamas betul la… sedih tengoknya…. Kne plak baju lapik tu ikut bentuk belahan dada dan tudung pendek.. ya Allah.. kesian… kesian kat si pemakai dan orang lelaki yang tengok.. terseksa……..!! pastu bab kaki lak.. kalu orang tu pakai kain dalam yang labuh boleh kira lagi.. nie pakai yang singkat… hm.. Nampak la 2 batang tiang elektrik terpacak kat dalam kain tuh…. Nak tengok pun segan weh…. Nak kata lawa….. hm.. orang Terengganu kata, “huduh jenih”… maaf la.. rupa da lawa da tapi tak sempurna......

Bertudung tapi berlengan pendek…
Nie satu lagi kes… awat la…. Dah tau kan tangan tu aurat.. ish3…… nie kebiasaannya orang bersukan.. ha, memang obvious sangat.. alas an, tak cucuk angin, tak aerodinamik, tak bebas, string kne tangan, bola senget bila kne lengan baju.. ha, macam alas an korang bagi…. Haih… sebab tu la tak menang… sebab tak reti tutup aurat.. korang ketepikan tuntutan agama gara-gara sebab sukan.. padahal yang tentukan kemenangan hanya lah DIA.. adui… tak lawa la korang pakai tudung baju lengan pendek….. Nampak pelik….

Bertudung tapi baju fit…
Hm… yang jenis nier pun dah banyak.. sedih tul aku.. seriously… even baju muslimah pown kalu korang tak beli ikut saiz yang betul, mengalahkan orang yang pakai baju biasa tapi longgar… iye.. betul… korang nie.. aku tau dah body line korang cantik, perfect tapi tak perlu la nak tunjuk kat orang… terseksa orang tengok.. kalu perempuan tengok, diaorng terseksa sebab tak der body shape cam korang.. laki plak tengok terseksa batin… ish3.. kesiankanla orang lain.. boleh nak tunjuk tapi kat suami dah la.. tak payah la tunjuk kt orang lain…… kalu nak pakai kemeja.. cari la yang longgar sikit.. jangan la sebab nak kemas, korang pakai yang memang kemas tahap cipan.. memang pergh!! Ikut kating badan tuh…. Pakai lak seluar slack yang leni kebanyakannya jenis ikut saiz kaki.. lagi la.. adeh.. mampuih…. Senang2 korang pakai baju kurung je la….

Tabbaruj
Ha, korang atu tak tabbaruj nier aper?? Ha.. tabbaruj nier boleh diklasifikasikan sebgai bermake up or melaram lebih2…. Ha…. Orang perempuan zaman skarang..kebanyakannya tak sah kalu tak bermake up… ader jer yang muke natural tapi tak ramai.. ha.. yang jenis pakai bedak asas biasa jew tu boleh tahan agi sebab tak menarik perhatian kaum adam.. nie yang jenis make up gne pemerah pipi la..kat mate tu macam2 colour and style ader;funky eyes, smoky eyes..ha, nak bagi bulu mata lentik la.. bibir la gune colour yang very attractive cam merah garang, pink..tak pown natural tapi tetap menonjol coz guna lip gloss…lip balm pun ader yang bila dipakai jadi merah.. hm.. lebih kureng je.. eh3!! I pakai bukan nak tunjuk2..i pakai nak jaga kesihatan kulit bibir I drp kering.. hm.. alasan.. cik adik tak jumpa ker lip balm yang jenis biasa??? Hm.. bukan tak boleh.. boleh tapi jangan sampai menarik perhatian orang.. 
for example; mata gurl tu memang sepet maybe ader keturunan cina..disebabkan nak bagi mata tu Nampak besar, gurl tu g pakai celak tebal2, gne eyes shadow colour terang nak bagi mata dia tu terserlah… adeh…. Bila orang tengok..ha, lawanyer mata dia.. aik, bila ader je orang puji..abis..tu dikira tabbaruj… saya nak berhias untuk suami jew.. owh.. untuk suami, await, ingat hang kluaq umah, kt kuaq tu cume ader hang dengan suami ka?? Orang lain, laki lain tak der mata?? Eh, tu diorang punya pasal la, sapa suruh tengok… amboi.. sedapnya… dah diorang ada mate, and hang tunjuk, memang sah2 la diaorang Nampak… takkan disebabkan satu pokok renek kat kaki bukit tak dapat cahya matahari, bukit yang 100 meter tinggi kne beralih??? Ha.. pkirkan lah yer.. nak berhias sangat utk laki, hias kat rumah je sudah…. Ala.. sikit jer.. okay, fine.. memang sikit jer, kn?? Korang tau tak, azab kat neraka yang paling ringan, pakai terompah, otak menggelegak tau.. ha, sikit jugak ker??? Jawab, jangan tak jawab…


Seterusnya aku nak crite plak sal orang perempuan yang tidak bertudung……. Um.. tapi bukan sekarang la.. tunggu post yang akan datang….

So, sampai di sini je la setakat nier…. Sedar tak sedar da banyak da aku tulis… seperti yang korang sedia maklum… tujuan aku berblog nier sbb aku nak amalkan amar makruf nahi mungkar sbb aku dah tak larat nak pikul dosa2 aku and saham2 orng lain… so, aku sarankan korang join sama dengan share article nieyh… moga2 usaha kita sume mendapat keberkatan dan keredhaan Allah… amen….

No comments:

Post a Comment