Wednesday 22 June 2011

free hair or bertudung erk?

Assalamualaikum..

Alhamdulillah bertemu lagi kita kat blog ni….. Jd seperti yang aku janjikan kat korang pada post yang lepas, kali nier aku nak tulis sal perempuan yang tidak memakai tudung… hm.. tapi kan, kenapa aku highlight kan sebagai perempuan yang tidak bertudung erk? Asal tak tulis sebagai perempuan yang tak tutup aurat?? Ha.. meh nak criter…. Seperti yang korang sedia maklum mengenai post aku yang lepas.. perempuan bertudung tak semestinya dikategorikan sebagai menutup aurat sepenuhnya kerana ader saja tempat lain yang terdedah….ha.. faham?? Tak faham tanyer neh.. nanti aku explain lagi.

Agak-agak nyer la kan.. asal ader jer perempuan islam yang tak bertudung…. Hm.. kat sini aku nak senaraikan reasons yang aku tau berdasarkan apa yang aku lihat, nampak dan dengar… well, as u al know, tujuan aku nak tegur orang sekeliling aku dan of course semua orang yang baca…:
·         Mak tak pakai tudung
·         Mak ayah sporting, bagi kebebasan kat anak
·         Tudung tu fesyen lame
·         Tak selesa; panas, rimas, gatal dan etc.
·         Nak sentiasa lawa kat mata suami
·         Husband tak bagi pakai
·         Ikut kawan

·         Ala, muda lagi.. dah tua nanti pakai la
So, agak-agaknye la kan, ader ak alasan-alasan nier kat korang or orang yang ader kat sekeliling korang?? Um.. kalu rasa nak tambah, boleh je.. nad kalau korang rasa ade yang salah, korang bagtau aku, okay?

Jom kita tengok sebab yang pertama, yang nie kes memang sah-sah ikut family…. Mom jenis vogue, update la kononnyer… tudung? Old fashion la.. ever week g salon, rambut lawa.. aper kes kalu tak tunjuk.. rugi la..  dah 40-an tapi rambut still hitam lebat, tak payah la pakai tudung kn?? Ha.. elok la sangat… bila duk kat majlis agama or rumah Allah, baru la nak bertudung tapi.. ala, wat syarat jer.. tutup belakang, rambut depan tersembul keluar…. Hm.. baik tak payah.. style camnier sealunya kita boleh tengok (tak yah cari, selalu ade kat tv) kat golongan yang ada title datin, datuk, yang jenis high standard… ha a.. ader jer yang pakai tudung perfect, bukannya tak der… yang aku kisahkan sekarang nier yang tak pakai…… bila mak tak pakai or pakai tapi sekadar memenuhi syarat (padahal secara overall, tak pown), anak pown aper lagi…… like mother like daughter la… ish3…. Elok la sangt.. kebiasaanya orang yang high standard nie orang kata blaja tinggi.. await, ilmu agama tak de dalam silibus ker?? Ish3… bila bercakap, tau plak say Alhamdulillah, insyaAllah, cara n gaya tu da , macam betul2 taat.. tapi malangnyer.. hmm..sedih betul aku…

Yang seterusnya, mak ayah alim, berserban, bertudung labuh, tapi anak, free hair.. alasan; biar la kat diaorang da besar, boleh fikir sendiri.. tak pun, ala, diaorang tu muda lagi… ader jugak, ape salahnya.. nanti dah kahwin, diorang pakai la…..  dan bermacam-macam lagi alasan yang boleh kita dengar (korang try la tanyer). Sedih betul aku… nak  bagitau, kang diorang cakap, aku nie makan garam dulu, aku tau la camner nak jaga anak2 aku…… tak pasal2 aku kene.. adoi…!! Dosa anak perempuan selagi mana dia tak kahwin lagi, tak kisah la dah baligh ke tak, mak ayah tanggung weh!!! Sebab anak perempuan ni di bawah tanggungjawab ayah….. so, kalau kita tengok alsan, muda lagi, mak ayah tu muda lagi ker?? Kang mak ayah pergi dulu, bawak sekali saham anak perempuan dia tu yang tak pakai tudung… lagi la… tak ke haru jadi nyer???!! Korang kata korang sayang kat mak ayah, selagi mana korang tak bertudung, tak menutup aurat dengan sempurna, korang drag mak ayah korang skali tau… dosa bukan korang je yang tanggung, mak ayah pown sama….. ha, tu tak kira lagi ngan orang yang ader kat sekeliling korang yang tak tegur korang… pown dapat saham…. Kalu saham tu jamin masuk syurga tak pe gak.. nie kea rah yang lain.. abis la……………..

Tudung? It is so lame…. Ha, bertudung nie fesyen lamer jer…. Ye la tu… dah tu kalau korang kata lame sangat, asal korang jalan gune kaki?? Kan dari dulu lagi orang jalan gune kaki, asal xder yang kata.. ala, jalan gne kaki, old trend la…. Dah tu, korang duk kata tudung nier out of fashion ngat.. padahal dari dulu ag memang kne tutup aurat… kononnyer korang je la yang update.. perasaan betui la… sebenarnyer korang je yang ketinggalan.. kesian….. orag bertudung pown ada cara nyer la… ingt orang tak bertudung je update ngan fesyen2 nier???? Hm.. alsan je tak nak pakai tudung… sebenarnya korang tu tak sayang kat diri korang and orang sekeliling korang….. korang duk marah israel zalim kat orang islam kat gaza, Iraq, asal korang tak tengok kat diri korang je?? Korang pown zalim gak kat diri korang and orang yang ade kat sekeliling korang…… ya Allah.. korang yang tak bertudung, aku yang tersekse.. memikirkan azab yang aku dan orang lain tanggung……

Gatal la.. panas….!! Rasa terkongkong la…. Kulit kepala I berminyak.. bila I pakai tudung I rasa tak selesa.. hm.. macam-macam la… dah tu orang kat padang pasir tuh?? Aper cer??? Korang yang duk kat Malaysia yang beriklimkan khatulistiwa nie tak reti2 nak bersyukur??  Aduhai…. Semua tu alasan jer….. padahal pakar rambut puji orang yang pakai tudung sebab rambut yang bertudung lebih sihat berbanding rambut orang yang tidak bertudung… eh, dah rambut artis2 yang cantik tu, diaorang tak pakai tudung pown… yer la.. diaorang g salon, ader set penjagaan rambut yang harga pown pergh2!! Korang kalau pakai tudung, memang sah2 tak perlukan semua tuh…! rambut stil sihat semula jadi… eh, ader je kawan2 yang rambut diorang rosak, busuk bila pakai tudung.. ha, tu sebab diaorang tak reti jaga.. dah tau rambut basah, g pakai tudung.. rambut tak disikat, dah pakai tudung.. ha, tu bukan salah tudung, tu salah orang yang tak reti nak jaga perhiasan; rambut.

You tau aper, I tak pakai tudung sebab I nak sentiasa lawa kat mata suami i…. owh, camtu.. u tau tak yang sebenarnya u bukan je lawa di mata suami u.. tapikan u nampak mengancam di mata suami orang dan mereka-mereka unmarried…. Tak malu ker?? U tu kepunyaan suami u tapi u tunjuk kat orang lain.. hm.. tak special langsung….. tak payah la… nak tunjuk2 pown kat umah dah la.. tak payah la nak tunjuk kecantikan yang korang ader tu kat orang lain….. tak payah nak ngader2 tunjuk…. Kalau nak sangat, Tanya husband u tu, boleh tak kita cantik sama-sama and kne azab sama-sama?? Kalau husband u kata okay… baru la u free hair… okay?

Tak kurang juga yang kata, suami I tak bagi I pakai la…… I kne ikut cakap suami I, kne taat kat suami.. kalu tak I tak bau syurga… amboi.. pandainyer u… memang la kne patuh pada semua apa yang suami kata KECUALI perkara yang bertentangan dengan syariah Islam… dah tu, menutup aurat tu arahan saper??? Kalau tak buat kiranya korang dah langgar syarak….. so, still nak ikut husband ker?? Yang mana lebih berkuasa?? Allah ataupun husband u?? dah tu, kalau tak ikut nanti dia marah!!! U cakap la kat laki u, “abang, abang boleh tanggung tak dosa saya nier?? Abang nak tak kita berdua sama-sama masuk neraka??” then amik lighter or candle, test letak jari selama seminit… kalau tak tahan, jangan harap la korang boleh tahan azab seksa di neraka…….. kalau boleh??korang try plak bakar jari korang selama sejam sebab sehari di dunia tak sama dengan sehari kat akhirat… masa lebih lame…. Ha, try la… kalau korang ikut jugak… tu dah kire korang utamakan husband korang berbanding Allah… (nauzubillah…mintak jauh) bahaya tu…. Elakkanlah….. berhentilah menzalimi diri korang, suami korang dan stop la menyeksa orang lain yang tengok…..

Budak-budak remaja leni suke ikut kawan.. eh, geng-geng tak pakai tudung, wat pe aku nak pakai.. kalau aku pakai, tak gu la….. owh… camtu… kalau diorang terjun gaung, lu nak terjun gak ke??? Bagus la tuh.. dah ader semangat bersama…. Tapi kan lebih pergh and bagus kalau korang bawak imej kebersamaan tuh ke arah kebaikan.. sama-sama tutup aurat…. Kan ader credit yang korang dapat…. Ish.. nanti tak lawa la… aper maknernyer kalau korang lawa time kat dunia tapi kat akhirat sana lain??? Tak der makne nyer….!! Dah-dah la tuh… daripada korang ikut kawan, member tak pakai tudung, baik korang ajak diorang pakai tudung… ha, kan bagus…….. tak salah pown tutup aurat tuh….. kalau ader yang mencerca pown, korang ingat la.. aper yang korang buat tu betul… perkara betul memang orang susah nak terima… bukannya diaorang tak tau mana salah mana betul Cuma diorang tak nak terima hakikat…. Kesian kat diaorang… so, aku sarankan korang mula la berjinak-jinak dengan tudung dan ajak la geng2, member2 korang tuh.. okay??

Alasan nier memang selalu gak dengar…. Aku nier muda lagi…. Nanti dah tua aku pakai la.. now rambut aku hitam lagi nier.. dah beruban aku pakai tudung la…. Owh. Camtu… tunggu dah tua… eh, tau ker bila mati??? Tau ke berape lama lagi korang hidup?? Ha??!! Tak tahu??!! Dah tu, asal kata tunggu dah tua baru nak pakai tudung?? Ingtkan tau bila mati….. hmm….. cik kak, cik adik…. Kita nier bila2 masa je boleh pergi… bukti?? Amboi.. tak dengar berita? Tak tengok tv? Tak baca paper ker??? Budak-budak pown mati wo….tak yah tunggu tua.. muda-muda dah pergi… tak yah tunggu rambut beruban… rambut still hitam, kulit tak berkedut pown dah dijemput pergi….. esok? Lusa? Sekarang? Bila2 masa je boleh diambil nyawa….. so, masih lagi nak tunggu tua, rambut dah beruban baru nak tutup aurat???

Ha… sebenarnya banyak lagi alasan-alasan yang korang boleh dengar dan jumpa… tapi yang aku bagi nier boleh dikira yang top la… aku bukannya aper.. aku sedih… sedih sangat… bila kaum hawa tak bertudung….. kaum adam yang terseksa… takkan la kaum adam kluar rumah kne tutup mata?? Dan kesian kat mak ayah... member.. sahabat… adik-beradik.. orang sekeliling… kesian… tak pasal-pasal kne… dapat jugak saham…. Kadang-kadang aku rasa cam nak duk kat gua je… tapi bila difikirkan balik, tak boleh jugak.... zaman dulu masa Allah nak turunkan bala kat satu kaum nie (aku lupa kaum ape...), malaikat datang mengadap Allah bagitau ade orag alim kat satu rumah tu.... lalu Allah kata mulakan bala daripada situ... ha, nampak tak?? Walaupun orang tu orang alim, tapi disebabkan masyarakat sekeliling dia tu tak ikut perintah Allah, maka semua kne... sebab aper?? Sebab orang alim tu tak jalan kan amar makruf nahi mungkar... ye nak selamat diri dia je sorang....... so, semua kene.. sama la macam sekarang... korang tak buat, aku kne, aku tak buat, korang kne.. nak selamat, jom kita saling menasihati... salah satu cara dengan korang share la post nier.. aku bukan nak promote blog aku, aku Cuma nak sampaikan.. tu jew.....

So, sampai di sini je la setakat nier…. Sedar tak sedar da banyak da aku tulis… seperti yang korang sedia maklum… tujuan aku berblog nier sbb aku nak amalkan amar makruf nahi mungkar sbb aku dah tak larat nak pikul dosa2 aku and saham2 orng lain… so, aku sarankan korang join sama dengan share article nieyh… moga2 usaha kita sume mendapat keberkatan dan keredhaan Allah… amen….

No comments:

Post a Comment